Monday, December 7, 2009

Musim kawin, bertunang...

Uiii lama eh nda upload apa2 dalam blog ni.. ialah sedih ba nda berapa mendapat sambutan dari mereka yg sepatutnya... huhuhu, nda pa la!!! pa pun berbalik kepada tajuk utama cuti-cuti sekolah AKA hujung tahun macam ni pasti para bakal2 pengantin bertungkus lumus membuat persiapan.. kenapa pilih bulan 12?? smua sedia maklumkan..

Btw tahun ni ada 3 org ahli 5 adil terlibat, saya mewakili rakan yang lain wish u'll semoga BAHAGIA menempuh alam baru dan status baru!!! Jadilah suami, isteri, tunang yang baik... moga kekal hingga ke akhir hayat... banyak2 la bersabar sebab dunia rumahtangga ni banyak dugaannya... kan!! Persefahaman dan saling mengalah tu paling penting...

InsyaALLAH kami yang masih berstatus bujang ni akan datang ke majlis anda bertiga..


Mohd. Shaiful Lamri yang akan bertunang pada 14.12.2009


Bibi Eryka Micheal yang akan berkahwin pada 20.12.2009


Zairey Julkapli yang akan berkahwin pada 10.01.2010

Last but not least tidak dilupa juga buat member sekelas masa form 3 OPAH yang kawin bulan 11 baru2 ni.. noradizah 19/12 ni...

Friday, June 5, 2009

REUNION ke-2

Hye guys!!! ada cadangan ni mau buat 2nd reunion... amacam ok ka??? kali ni kita buat la aktiviti lain pula time reunion tu.... bertukar2 hadiah ka, kita buat game berebut kerusi ka, sukaneka ka hahahaha!! tapi serius weiii.... kita kasi GEMPAQ lagi dan kali ni biar lagi ramai.... target before end of this year!!!

P/S sebarang idea sila tinggalkan di shoutmix yang terdapat di sebelah kanan blog ini.... TQ.

Friday, May 15, 2009

Result kami main 3J semalam...

Banggalah dayang menang... huhu... epul pula nda beraksi sebab bz download lagu... nda pa tunggu 2nd round, COMING SOON.... ;D

Monday, April 27, 2009

REAL SUNSET...

Keindahan ciptaan-NYA yang tiada tandingan.... sangat mendamaikan!!! gambar ni di ambil ketika lan, boby, ejull dan epul menjalankan aktiviti memancing.... layan!!!



















Memancing.... BEST!!!

Lepas bowling, sejak kebelakangan ni.... memancing, makin menjadi2 pula... tiap2 minggu oh kami turun memancing... masuk minggu ni 3 minggu sda la... antara tempat yang sudah kami takluki bawah jambatan gayang, tanjung badak, bantun gayang, pulau gandang, sutera habour... walaupun hasil tangkapan kami setakat ni kurang memuaskan tapi nda la bah sampai killar... hehehe...



















Bowling

Ni lagi satu antara aktiviti favourite budak-budak 5 adil sekarang... tapi tu ja masalahnya yang main ni pun muka orang yang sama ja... kalau la dapat main sampai 10 orang kan best!!!! baru gempaq... kita buat team A lawan team B.... hehehe...









Lepak ngan chua fook soon...

Chua ni antara member 5 adil yang jarang-jarang ada di sabah bah sebab dia bertugas di semenanjung sana johor... jadi kebetulan ari tu sempena cuti tahun baru cina dia balik sabah, jadi kami lepak la ngan dia... lagipun dia nda sempat join reunion bulan 11 tu....







MAJLIS REUNION SIRIH PULANG KE GANGANG.... (11 oktober 2008)

Finally, akhirnya.... walaupun plan memang ada sedikit lari tapi Alhamdulillah la semuanya berjalan lancar pada malam 11-10-2008... bertempat di Restoran Mempelam Anjung Melawa sekitar jam 830 majlis reunion 5 adil smk badin batch 2000 telah diadakan... Majlis ini berlangsung selepas 8 tahun berlalu... walaupun kehadiran tidak penuh hanya 13 orang daripada 25 orang ja yg dapat hadir dan hujan lebat namun MERIAH bah!!!! malam tu rasanya kami yang punya hehehehe.... antara aktiviti yang dijalankan ialah ucapan daripada mantan ketua kelas, nyanyian karaoke diselang selikan dengan ucapan seorang demi seorang tentang perjalanan kehidupan mereka selepas SPM hingga tahun 2008 dan pastinya acara makan la.... majlis ni memang sederhana tapi meninggalkan kenangan best dan ada impak tersendiri kepada kami (warga 5 adil 2000).... majlis ini telah dikemudi oleh pengacara kita siapa lagi kalau bukan cikgu saiful... hehehehe... kepada AJK majlis REUNION SIRIH PULANG KE GANGGANG khususnya dan semua yang hadir amnya jutaan terima kasih diucapkan... kalau bukan kita siapa lagi kan?? kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung juga tidak dilupakan... insyaALLAH panjang umur murah rezeki kita buat lagi ba... kali ni jemput sekali guru-guru.... kan!!! Bah ni la antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebagai kenangan bersama... layan.......